MENTARI
Training Centre
kreditasi Tenaga Pengajar Sekolah Latihan Pengendali makanan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Program Latihan Pengendali Makanan (LPM) telah diperkenalkan pada tahun 1998 berdasarkan kepada keperluan terhadap kualiti makanan yang tinggi dan mengurangkan penyakit berjangkit melalui makanan.
Ia juga dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mendidik pengendali makanan mengenai kebersihan makanan.
Mengikut peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009, semua premis makanan wajib berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Definisi bagi premis makanan ialah premis yang digunakan untuk penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran, penjualan, pelabelan semula, pemprosesan semula, pembaikan semula semua produk makanan serta yang berkaitan dengan makanan.
SERVICES
Bagi pengendali makanan, pastikan anda menyediakan gambar terkini berukuran passport.
Ini adalah kerana, selepas suntikan dibuat Kad Suntikan Typhoid akan diberikan kepada anda dengan gambar dan cop doktor tersebut tertera pada kad mengesahkan bahawa anda telah mengambil suntikan
Typhoid pada tarikh tersebut. Pastikan juga anda mendapat surat pengesahan doktor yang mengesahkan anda telah mendapat suntikan tersebut.