MENTARI
Training Centre
Pengenalan Kepada
Kursus Pengendalian Makanan Malaysia
Makanan yang tidak bersih dan tercemar boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan tubuh. Kebersihan dan keselamatan makanan haruslah dijaga setiap masa agar fungsi tubuh dapat berjalan dengan optimum sepanjang hari tidak kira di rumah atau di restoran.
Kuman, bakteria, virus, bahan kimia industri dan juga racun semula jadi pada ubi kayu, ikan dan cendawan boleh menjadi penyebab kepada keracunan makanan. Antara jenis mkanan yang kritikal yang mudah dicemari ialah ayam, daging, susu segar, dan makanan-makanan yang telah bermasak dan berkuar terutama masakan melayu yang kebanyakannya berasaskan santan.
Gejala keracunan makanan adalah berpunca daripada makanan yang tercemar; makanan yang bersih penting bagi keselamatan individu.
Akta dan perundangan
Kebersihan dan keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama.
Sama ada kepada pengguna, mahupun peniaga. Sebagai pengguna, kita berhak memilih jenis makanan yang hendak dibeli.
Yang penting pastikan premis bersih dan makanan dikendalikan dengan cara yang betul.
Setiap individu mestilah tahu hak-hak mereka dalam memilih premis yang bersih. Setiap peniaga bertanggungjawab makanan yang dijual adalah selamat.
Pihak KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga mengikuti undang-undang yang digunakan. Adakah para peniaga sedar akan tanggungjawab mereka?
Kerajaan Malaysia telah menetapkan semua pengendali makanan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung wajib berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan di dalam AKTA MAKANAN 1983 – Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009, Peraturan-PeraturanMakanan 1985, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Di dalam peraturan tersebut, ada mengetakan bahawa setiap pengendali makanan wajib mengambil pelalian anti-typhoid dan telah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan selama 3 Jam.
Suntikan anti-typhoid atau di Malaysia lebih disebut sebagai suntikan Typhoid merupakan Vaccine atau pelalian yang wajib diambil oleh semua pengendali makanan bagi mengelakkan tersebarnya penyakit demam kepialu melalui makanan yang dikendalikan oleh mereka kepada pelanggan.
Kursus Pengendalian Makanan
Kursus ini wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia.
Siapakah mereka yang tergolong di dalam kategori pengendali makanan?
Definisi pengendalian mengikut Akta Makanan 1983 adalah seperti berikut:’
pengendali makanan” termasuklah mana-mana orang yang:
(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan
(c) mengendalikan makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas,
Ini bermaksud semua orang yang terlibat dalam industri makanan seperti chef, tukang masak, tukang hidang makanan, pemandu lori yang membawa makanan, operator pengeluaran makanan di kilang mahupun penyelia wajib patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan wajib untuk menghadiri kursus tersebut.